Bab 1

Elissa merenung diluar jendela biliknya, sambil melihat bintang yang banyak pada malam tu. Terlalu banyak yang difikirkan, kerja yang masih banyak dan masalah hatinya yang kerungsingan masih keliru dari dulu lagi siapa yang sebenarnya ada dalam hatinya. Air matanya jatuh sedikit demi sedikit lalu dia terus menangis dan tertidur.
 
Esoknya dia terjaga dari tidur kerana telefon bimbitnya berbunyi berulang-ulang kali, dia menjawab panggilan itu "hello? siapa ni?" dengan suara baru bangun tdur dia yang tak secomel gadis lain "Lah, kau tak bangun lagi? ni sarah lah. bukak ah pintu aku kat luar ni" dengan kepenatan pegang bagasi baju yang berat. sarah adalah sepupu sebaya elissa, mereka berdua sentiasa bersama dari sekolah rendah lagi, masuk universiti pun sama. sarah ni memang sepupu merangkap kawan karibnya juga. mereka tinggal serumah dirumah ibu bapa elissa di kuala lumpur. Mereka juga  bekerja ditempat yang sama, Syarikat Rosë Holding. "Haa, kejap."elissa menjawab. talian dimatikan.

Elissa membuka pintu dengan mata separuh tertutup, "awal kau balik minggu ni?" sarah mencebik "asal?aku tak boleh balik awal ke?" sindirnya "takde lah mangkuk selalu nya kau balik ahad malam ni kau balik sabtu pagi. padahal kau baru balik malam semalam" balas dengan geram "Haha! takde lah aku ada keje..menyesal balik semalam. membazir duit aku je". Elissa malas mahu melayan, dia cuba sambung tidurnya tapi tidak boleh. Dia memandang telefonnya, seakan-akan menunggu seseorang.

Ya, memang pun dia sedang menunggu whatsApp dari Shah. Nak tunggu shah tu call memang tak lah. "Kau tak rindu aku ke? taknak WhatsApp ke?" dia mengeluh dan dia scroll TL instagram miliknyaa. Tepat pada 1.30 petang selepas solat zohor, sarah dan Elissa keluar makan tengah hari. Mereka makan di kedai makan Santai coner, memang disini tempat lepak mereka berdua, maklumlah kedai makan ni kedai mamak so 24 hours dia open.

Selepas mereka memesan makanan Sarah perasan yang wajah sepupunya itu macam orang tak sihat in ther words macam orang takde mood lahh. "Weh, kau okay tak? macam tak okay je.." Sarah soalnya dengan muka ingin tahu."Shah bagi aku bluetick semalam, aku tunggu dia reply tapi sampai kesudah takde apa..aku tak tahu lah babe. aku tak tahu bila bende ni nak habis. aku tak tahu cara nak ignore dia. aku tak tahu, dan aku malas nak fikir skang ni, tapi semalam dia kata hari isnin ada surprise. lepas aku tanya dia apa tu yang aku kene bluetick. hareyy betul" elisa membalas dengan nada orang yang sedang buntu dan pasrah. "Ah kau, cakap je mcm tu minggu depan sama lagi ceritanyaa. abaikan je lahh mamat psycho tu" sarah menjawab dengan nada geram. Elisa hanya diam dan sambung melihat handphone berjenama samsung miliknya. Dia tahu dan akur apa yang sarah katakan memang 100 peratus benar. memang dah bnyak kali Elisa kata "Aku dah takanak lagi" tapi hakikatnya tidak pun dia ignore mamat tu. Selapas 15 minit menunggu makanan pun sampai.

Keesokkan hari, Bos Elisa, Encik Rayyan memanggilnya untuk memberikan tugas kerja. Elisa memang baru 4 bulan bekerja disitu tapi pencapaian Elisa dan kerja-kerja tugasan yang diberikan sangat memuaskan. tambahan pula Elisa ini memang cantik orang nya dan cute dan agak blurr. "Elisa ni kerja awak minggu ni, hari jumaat mesti siap okay? buat program tu secantik yang boleh." Encik Rayyan memberinya tugasan dengan muka blurr Elisa menjawab "Tapi bos, kerja yg minggu lepas pun saya belum habiskan lagi dan due date dia pun hari jumaat ni" Encik Rayyan buat endah tak endah sahaja dengan Elisa "Ada saya kesah? dah saya ada kerja ni. pergi buat kerja awak" Encik Rayyan membalas bebelan Elisa tadi. "Ye lah..saya keluar dulu" dengan muka pasrah Elisa beredar dari bilik itu.."cute" terdetik di hati Encik Rayyan selepas Elisa beredar dari biliknya.

Yaa, Elisa memang nampak berani bila melawan kata Encik Rayyan tadi sebab, itulah perangainya. Dah ditegur oleh bebrapa lagi orang senior yang dah lama kat situ pun dia still macam tu. Encik Rayyan sebenarnya seorang yang sangat tegas dengan pekerja tapi entah mcm mna bila dengan Elisa dia susah nak marah atau berasa hati. Dia sendiri pun kadang memang suka sakat Elisa.

Sambungan mungkin lambat lagi yaa. don't forget to comments ya?

Comments

Popular posts from this blog

Bab 2